MEMPERTAHANKAN MARUAH AKU DAN KAWAN – KAWAN AKU

8 09 2009

6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430Hijrah

Pagi ini aku bangun awal untuk bersiap menghadiri sebuah forum berkaitan remaja yang dikelolakan oleh Pelajar Ukhuwah Pusat Islam di tempat aku belajar bersempena menyambut bulan ramadhan dan bulan merdeka Negara kita yang ke 52 tahun. Aku bergerak menuju ke dewan serbaguna bersama kawan-kawan ku yang sentiasa menemani ku ke mana sahaja ku ingin pergi. kami semua setuju untuk berpakaian baju melayu dan seluar slack kerana pihak penganjur menetapkan kami perlu berpakaian formal. Aku dan kawannku mendaftarkan nama sebelum melangkah ke dalam dewan, aku terfikir sejenak para pelajar terpaksa hadir ke seminar ini kerana kehadiran di ambil, jika tidak hadir tindakan akan di ambil, itu yang menyebabkan ramai pelajar lelaki ramai daripada program – program sebelum ini. Aku dan kawanku mengambil tempat duduk masing – masing , dan aku bersebelahan dengan tempat untuk para peserta untuk bertanya (Microphone). Aku tersenyum sendiri , mungkin aku boleh bertanya soalan yang boleh mengugat panel yang memberi seminar dan membuka minda para peserta. acara tersebut sepatutnya bermula pada pukul 9.00 a.m, namun kerana masalah teknikal pada jam 10.00 a.m baru bermula seminar tersebut. Moderator yang mempengerusikan forum tersebut merupakan junior jabatan aku. pada pandangan pertama aku mengenai budak tersebut, aku melihat budak tersebut gementar dan tidak membuat kajian sebelum forum tersebut berjalan. panel pula terdiri daripada Pensyarah Jabatan Pengajian Am, ustaz yang mengajar modul agama dan tamadun islam di tempat aku. Ustaz A aku memang suka cara penyampaiannya namun kadang kala sikap dia yang tidak sensitive membuatkan aku tidak suka kepada dia, kerana setiap penyamapian kuliah atau ceramah di Pusat Islam pasti menyentuh golongan lelaki lembut dan menperlekeh-lekeh mereka dengan teruk. Ustaz B pula baru pindah ke sini, jadi aku tidak berapa kenal. Aku mengharapkan Ustaz A untuk tidak menyebutkan perkara tersebut. Untuk permulaan, moderator meminta pendapat Ustaz A mengenai masalah gejala sosial remaja, Ustaz A memberikan pandangannya. Pada permulaan aku mendengar dengar teliti dan bernas pendapatnya. Namun dia memberi masalah gejala sosial remaja dengan mengata lelaki lembut dengan nada yang hina dan jijik. aku dan kawanku TERSENTAP dan berpandangan antara satu sama lain, kemudian ramai pelajar di situ melihat kelompok kami dnegan tergelak. ustaz A memberi pandangan bahawa golongan lembut ini memberikan masalah yang besar di asrama dan harus di banteras dengan serta – merta. Aku rasakan masalah lain lebih besar seperti masalah dadah, ganja, mencuri, merogol, dan seumpamanya tidak di pertengahkan atau dijadikan contoh. Jika ustaz tersebut hendak menegur atau memberi nasihat perlulah dengan sopan dan berbudi bahasa supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Perasaan ku sungguh penuh dengan rasa marah, benci dan kecewa dengan penyataan seorang yang berilmu dan berpendidikan serta beragama boleh mengeluarkan penyataan ini. aku merasakan sudah sampai masanya aku mempertahankan maruah ku dan rakanku.
Aku mula merangka soalan dan pendapat ku mengenai masalah ini. Selepas ustaz A memberi pandangannya, moderator dengan nada bersahaja mengatakan kita perlu tegur dan memberi peringatan kepada golongan tersebut. Kali kedua panas di hatiku yang sememang membara di barakan untuk kali kedua. aku tidak sabar untuk memberikan soalan tersebut. Kemudian Ustaz B memberi pandangan mengenai bulan Ramadhan yang penuh barakah dan berkat tanpa menyentuh perkara seperti ustaz A sebut. Sementara menunggu ustaz B mengakhiri ucapannya, aku berbincang dengan kawanku mengenai soalan tersebut . setelah selesai Ustaz B memberi pandangannya, moderator menyerahkan forum kepada rakannya di bawah pentas, moderator ke-2 yang berinteraksi dengan penonton. Aku penuh debaran menunggu untuk bangun dan bertanya, namun hampa apabila soalan daripada penonton untuk panel di rancang oleh pihak majlis dan soalannya tidak membuatkan kita berfikir dengan kritis dan kreatif. soalannya berkaitan dengan boleh kita berkahwin di bulan ramadhan, jika kita tidak bersahur dan lain-lain. sungguh tidak pandai pihak penganjur menyediakan soalan. aku tetap dengan pendirian ku untuk bertanya, pusingan pertama soalan hanya 2 orang sahaja yang boleh bertanya, aku terlepas peluang untuk bertanya kerana moderator -2 tidak namapak aku mengangkat tangan untuk bertanya. aku tidak putus asa untuk bertanya, kerana bukan ini kata penamatnya. setelah pusingan 1 untuk soalan selesai, masuk pusingan ke-2 untuk sesi forum, dimana moderator bertanya kepada Ustaz A mengenai keberkatan bulan ramadhan kepada remaja. Ustaz A memberi pandangannya lagi dan kali ini juga dia menyentuh perkara tersebut. memberi pandangan seolah bahawa lelaki lembut adalah gay (homoseksual) dan membaca sebuah firman Allah bahawa jangalah menjadi seperti kaum nabi Luth ,kaum Tsamud dimana mereka di musnahkan oleh Allah, dan dibolehkan bunuh orang tersebut. Ustaz tersebut hanya membaca firman tersebut namun tidak menghuraikan bahawa lelaki di zaman tersebut terdapat lelaki sejati dengan lelaki sejati yang membuat perkara tersebut. Ustaz A bukannya memberi pandangan menurut perspektif Islam terdapat cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu membuat siasatan dahulu, kemudian memberi nasihat dan menyuruh untuk bertaubat, kemudian mengurung atau memberikan masa untuk dia bersendirian untuk menghadap Yang Maha Esa supaya mereka insaf, jika tidak berjalan juga dengan pelbagai cara dan mereka tetap membuat perkara tersebut barulah dibunuh dengan cara betul. Kemudian Ustaz B memberi pandangan mengenai ibadah di akhir bulan ramadhan. Masuk sesi untuk bertanya, seperti pusingan pertama telah disediakan soalan untuk ditanya oleh penonton. Setelah penonton pertama habis bertanya, aku dengan berani bangun dan meminta kepada moderator ke2 memberi laluan kepada ku untuk bertanya.
Aku mengambil microphone di sebelah ku dan memulakan dengan memberi salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad. Ku mulakan bertanya dengan meminta Ustaz memberi pandangan untuk menyelesaikan masalah ini. kemudian aku memberi pandangan mengenai masalah ini dengan meminta para hadirin di situ untuk meletakkan diri mereka ditempat golongan ini, merasai apa perasaan mereka atau lebih tepat empaty (Cuba pakai kasut orang lain dan rasai pengalamannya). Golongan lembut ini sentiasa dikeji, di ejek, di hina, namun bukan mereka yang mahu perkara iini terjadi kepada mereka. tanggungjawab kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah bukannya memburukkan masalah lagi. semua hadirin tersentak dan bertepuk tangan terhadap soalan ku. Aku dapat melihat wajah Ustaz A tersebut berubah dengan serta merta, mungkin kerana malu atau tersentak dengan keberanian golongan ini untuk bertanya dan mempertahankan maruah mereka. semua mata tertumpu padaku samada yang tertidur daripad mula forum berlangsung terus terbangun, yang mendengar radio dan berborak berhenti seketika, terus mendengarku bersuara dengan penuh minat. Aku meneruskan lagi bahawa terdapat contoh lelaki yang lembut ini BERJAYA seperti Aznil Hj Nawawi dan Chef Wan. Hidup mereka berjaya samada dari segi keluarga (beranak), kekayaan dan disukai oleh orang ramai. aku juga memberitahu kepada semua hadirin bahawa terdapat kejadian 2 orang pelajar politeknik yang dibuang kerana masalah homoseksual dan pelajar terlibat adalah lelaki sejati!!!… Aku kemudiannya mengakhiri dengan memohon pandangan yang boleh mengatasi masalah yeng terjadi. dengan soalan yang agak panas, moderator menyerahkan forum kepada panel untuk menjawab. Ustaz B memberitahu bahawa dia akan menjawab semua soalan tetapi tidak menjawab soalan ku kerana untuk memberi ruang kepada Ustaz A menjawabnya. aku penuh debaran menunggu untuk mendengar jawapan tersebut. Ustaz A memberi tahu contoh – contoh lelaki lembut seperti berpakaian wanita(sah-sah kami tidak berpakaian wanita), bersuara lembut (kalau suara itu lembut hendak buat macam mana, nak jadi hipokrit setiap masa dengan menggaraukan suara tersut, agak bodoh di situ Ustaz tersebut) yang ada disebut di dalam Islam yang perlu dibanteras dan tidak menjawab keseluruhan soalanku. aku tidak berpuas hati kerana ustaz tidak memberitahu para hadirin bahawa bukan golongan lembut sahaja terjebak dengan perkara ini, di mana lelaki sejati atau ‘Straight’ juga terlibat. Ustaz Ajuga tidak memberi cara penyelesaian yang sebetulnya mengikut apa yang telah aku katakan pada perenggan di atas untuk menyelesaikan masalah ini mengikut perspektif islam dan yang penting jangan hendak memerli, mengejek dan seumpamanya kerana mereka tidak menggangu sesiapapun. Aku dan rakan ku sungguh tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. namun aku melihat ini adalah amaran dan peringatan kepada mereka yang suka memandang rendah kepada golongan ini di di sini. di akhir forum aku dan rakan ku bersalam dengan panel dan kami tersenyum dengan puas kerana dapat bersuara dan mempertahankan maruah kami. Bersatunya Nok, Lahirnya Ummah Gemilang.

Tolong bagi pandangan yang ikhlas terhadap artikel ini…





BOOOMM!!!!

26 08 2009

8 OGOS 2009

Menyeramkan dan beri trauma kepada diri ku ini.

Aku dan kawanku keluar berjalan-jalan di bandaraya kuala lumpur untuk membeli-belah dan mencuci mata… hahahaha….. ini bukannya untuk bercerita mengenai “shopping”, tapi alkisahnya semasa perjalanan pulang kerumah, aku seperti biasa akan turun di LRT taman Melati untuk menaiki bas Rapid KL T226 untuk kawasan ke Taman melewar. Semasa menunggu pemandu bas berehat, aku didatangi oleh seseorang lelaki yang tiba-tiba tegur menanyakan bas samada sudah bertolak atau belum, dalam hati aku berbisik “buta ke, tak nampak ke bas belum bergerak”, untuk membina suasana yang ceria dan aman aku berkata “bas belum bergerak” sambil membuat muka…hahahaha…. Lelaki itu asyik bercerita kepada ku mengenai kelambatan bas, perlu menunggu, kemudian bertanya mengenai diriku, aku menjawab bagai tanya satu jawab satu, malas nak melayan. Kemudian tiba untuk menaiki bas, lelaki tersebut menaiki bas dan duduk dibahagian belakang bas, sudah menjadi kebiasaan ku untuk duduk dibahagian belakang setiap kali menaiki bas. namun kerana untuk mengelak dari duduk dengan lelaki tersebut aku duduk di bahagian hadapan sekali di belakang pemandu bas. aku melayan perasaan sambil mendegar lagu di ipod. aku berbisik lagi di dalam diri ku “nasib baik aku tak duduk dengan dia, kalau tidak mesti dia bercakap saja pasal diri dia”. Dalam melayan perasaan aku terasa yang pemandu bas membawa bas dengan laju. semasa untuk mengambil selekoh pemandu bas tidak memberhentikan bas, terdapat sebuah lori yang membawa muatan yang penuh dengan “TONG GAS”dengan laju melalui dihadapan bas yang aku naiki, aku tergamam apabila bunyi dentuman BOOOOOMMMM….. nasib baik bas sempat brek, jika tidak mungkin letupan akan berlaku, namun cermin hadapan bas tersebut retak dan pecah dengan teruk sekali. nasib baik tong gas tersebut tidak tercampak ke dalam bas. tiada siapa pun yang tercedera dalam kejadian itu. kami semua dalam tersebut terpaksa turun dan menunggu bas lain untuk mengambil kami. ketika menunggu kedatangan bas tersebut, aku didatangi oleh lelaki yang suka bercerita mengenai diri nya, dia mengeluh nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada diriku. kemudian dia berjabat tangan dengan ku sambil perkenalkan dirinya, Henry (orang serani). Patutlah putih-putih sikit. sambil menunggu kehadiran bas, dia bercerita mengenai temapt tinggal dia, dia bekerja dan lain-lain. nampaknya aku tidak dapat melarikan diri dari dia. hahahaha…Cerita ini ada kisah ngeri dan lucu…





PENGALAMAN PAHIT ASRAMA

2 08 2009

30 JULAI 2009
Pendaftaran Pengajian Dan Asrama (Kecelaruan Pengurusan Asrama)…
Al kisahnya aku perlu mendaftar pengajian semester akhir bagi sesi julai 2009 diploma pengurusan pelancongan. Aku menumpang saiful ke politeknik untuk mendaftar kerana abangku tidak sihat. Beberapa minggu sebelum daftar aku dikejutkan dengan berita bahawa aku tidak ditempatkan asrama pada semester ini. Huh… sungguh terkejut kerana setahu aku tiada masalah semua perkara di lakukan mengikut peraturan seperti mengikuti aktiviti yang diadakan, menghantar borang permohonan asrama dan lain-lain (apa – apa la ye)… SENTAP lagi dengan kesengalanku yang lambat sikit untuk buat rayuan asrama. Namun aku telah mengambil langkah untuk menghubungi pihak asrama berkaitan permohonan rayuan asrama. Baru ku ketahui bahawa perlu membuat rayuan lebih awal. Staf yang bertugas mengatakan bahawa sebab aku tidak dapat asrama kerana tidak menghantar borang asrama, terkejut aku sedangkan aku telah menghantarnya bersama rakan – rakan lain dan mereka telah ditempatkan asrama. Hmmmmm….. ini sesuatu yang amat mengusrakan ku. Oleh itu aku telah faks surat rayuan dua minggu sebelum pendaftaran semula. Apa yang menimpa ku ini memang ada hikmah dan musibah. Namun aku berasa kecewa kerana rakan – rakan ku yang tidak menghantar borang asrama dan tidak mengikuti aktiviti dapat asrama. Ini sesuatu yang tidak adil kepada kami yang berusaha menghantar borang tersebut. Mungkin pada kawanku aku tidak menyalahkan mereka, tetapi pada pengurusan yang menguruskan penempatan asrama ini memang tidak terurus dan sistematik.

Pada hari pendaftaran, aku sampai pada pukul 10.30 pagi. Aku terus mendaftarkan diri bagi pelajar senior untuk pengajian di dewan serbaguna ( dewan besar dan ada penyaman udara tetapi tidak digunakan sentap sangat). Setelah itu aku terus menuju ke pejabat asrama untuk melihat permohonan rayuan asramaku. Di pejabat asrama aku melihat ramai ibu bapa yang ingin berjumpa dengan Pengetua Asrama (P.A). Tetapi aku mengikut prosedur dengan berjumpa dengan staf asrama yang telah ku hubungi iaitu En. Muhaimin. En. M menyerahkan surat ku kepada seorang warden yang sangat tidak disukai ku (En. A). En. Memeriksa no pendaftaran ku, namun tiada masalah, aku boleh buat rayuan namun tiada kekosongan tempat asrama. Aku tidak puas hati kerana terlihat ibubapa yang merayu pada P.A dapat menempatkan anak mereka. Aku meneruskan niat dengan meminta semula suratku dan menyatakan hasrat untuk berjumpa P.A kepada En. A, dia melihat kepadaku dengan pandangan yang tidak puas hati. Namunku teruskan niat ku.
Kemudian k uterus masuk ke dalam pejabat P.A. Di dalamnya terdapat ramai ibubapa dan anak-anak mereka yang membuat permohonan asrama dengan pelbagai alasan dan mengeluarkan tangisan syahdu (hahaha). Namun bukan setakat yang buat rayuan, tetapi terdapat perkara seperti nama di senaraikan dapat asrama tetapi tiada nombor bilik dan blok dan juga terdapat pintu yang tidak dapat dibuka dengan kunci yang diberi. Ini mengambarkan mereka yang menguruskan asrama tidak menjalankan kerja dengan sistematik dan cekap. Setelah menunggu hampir 30 minit, aku dengan tegas dan bersikap waja terus berkata dalam nada sopan dan berhemat mengatakan yang saya telah menyerahkan borang rayuan lebih awal. Aku menceritakan pelbagai perkara yang menyebabkan P.A berfikir seketika. Aku tidak bermaksud untuk mengugut P.A. Namun aku tidak puas hati terhadap apa yang berlaku kepada ku. Seketika kemudian masuk seorang warden yang sungguh tidak sopan kepada ku. Dia dengan selamba mengatakan “buat apa kat sini, kalau budak lelaki nak buat rayuan tidak perlu dilayan, menyusahkan” dan di sambung lagi “kenapa tidak dapat asrama”. Aku cakap “En. Sepatutnya tahu kenapa saya tidak dapat asrama”, namun ku berkata lagi, “pihak staf mengatakan yang saya tidak hantar borang asrama, tetapi hakikat saya hantar”. Aku beritahu kepada dia yang kawanku yang tidak hantar borang asrama dan duduk berdekatan di sini dapat asrama. En. Tersebut terdiam seketika, dia beredar dengan segera. Mungkin kerana P.A mendengar apa yang telah ku katakan menyebabkan dia terus meletakkan nama ku di dalam bilik pelajar (kekurangan perlalatan dan suasana yang tidak selesa). Setelah mengucapkan terima kasih, ku beredar dengan segera. Perkara ini amat mengecewakan ku.

Namun ku bersyukur ditempatkan di dalam asrama, tetapi perkara ini tidak berhenti di sini sahaja. Terdapat banyak perkara dan masalah yang berlaku. Nantikannya. Beri pandangan anda dengan ikhlas.





KELEBIHAN DIRI

13 07 2009
Manusia sebaik-baik kejadian

Manusia sebaik-baik kejadian, manusia lengkap dengan daya pemikiran atau otak yang berfunsgsi dengan akal fikiran berbanding dengan haiwan yang ada otak tetapi tiada akal. Gunakan kelebihan yang diberi dengan sebaik-baiknya.

setiap yang dilahir di dunia, mempunyai kelebihan atau keistimewaan diri. Kenapa saya berkata begitu?, kerana setiap manusia yang di lahirkan di dunia ini mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri yang masing-masing berbeza. Cuba anda bayangkan jika seluruh manusia ini mempunyai kelebihan diri yang sama, rasanya tidak mungkin kerana manusia perlu bergantung antara satu sama lain yang masing-masing mempunyai kelebihan atau keistimewaan yang perlu diguna untuk bantu orang lain. Ada manusia yang dicipta kelebihan diri seperti pandai berkata-kata, bijaksana, mudah hafal atau dan APe pandangan anda?….
Sila tunggu sambungan dari saya…….





RM 1.80 VS RM 2.50

1 04 2009

RM 1.80 VS RM 2.50

Al-Kisahnya aqu kat asrama nie pada 1 April 2009, 8.20 malam aqu dengan rakan2 turunlah ke kafé untuk makan malam katenyer….
Seperti biasa aqu dah target nak makan ape dan kat kafe mane …..
Aqu dengan rakan2 pergi lah ke kafe tersebut disebelah pelajar perempuan punya….
Aqu amik nasi goreng dan kentang goreng yang selalu aqu beli…
Betapa terkejut aqu harga dia RM 2.50…
selalunya aqu beli baru RM 1.80 jer….
Tension siot, Aqu pandang je abg tu masa bayar….buat muka tak bersalah…. Geramnya…
Nak dijadikan cerita dan kebengangan aqu bertambah pabila rakan aqu amik nasi putih, ayam goreng dan sayur harga nya RM 3.00 jer…
Kalu aqu tau aqu amek sama macam kawan aqu amek….kena tambah RM 0.50 jer….
Bengang jer aqu rasa waktu makan 2…..
Tapi aqu kena redha sebab rezeki dan segala yang berlaku atas kehendak-Nya…..tak baek mengeluh…..
Mungkin hari nie hari dia….mane tau esok lusa ari aqu lak……





Giler cinta……

1 04 2009

Giler cinta……

Ada apa dengan cinta????
Setiap manusia ingin rasai mencintai dan dicintai oleh orang lain….
Aqu pun macam tu gak, macam orang lain….

Alkisahnya begini….
Pada suatu hari nie, 1 April 2009 jam 5.00 petang, aqu memberanikan diri untuk meluahkan
perasaan pada si Dia melalui mesej je ( tak berani lagi berhadapan) hahaha…..
Aqu hantar mesej luahkan perasaan, dalam mesej tu aqu tulis la yang aqu suka kat die dan harap die fikir dulu sebelum buat keputusan (macam keputusan hidup dan mati je) tapi dah lama tunggu tak balas pun…. Macam tunggu bulan jatuh atas riba lak….hahahaha….tiba-tiba lak guna peribahasa….
Masih lagi setia menunggu Si Dia membalas mesej aqu….
mungkin kerana si Dia masih berfikir kot….
Aqu harap sangat dia balas mesej aqu….
Aqu tulis tajuk die giler cinta sebab orang yang aqu cintai tu dah ade kekasih la…
memamg giler la aqu nie……





Sayang… Suka…

31 03 2009

“JANGAN TINGGALKAN ORANG YANG KITA SAYANG UNTUK ORANG YANG KITA SUKA,KERANA ORANG YANG KITA SUKA AKAN TINGGALKAN KITA UNTUK ORANG YANG DIA SAYANG….”

bezanya;

orang yang sayang kita

..orang yang sayang kita adalah orang yang menerima kita seadanya.

..orang yang sayang kita adalah orang yang cintakan kita
..orang yang sayang kita adalah orang yang mempercayai kita
..orang yang sayang kita sanggup korbankan sesuatu untuk kebahagiaan bersama
..orang yang sayang kita adalah orang yang selalu mengalah dengan kita
..orang yang sayang kita adalah orang yang selalu ingat dan rindukan kita

orang yang kita suka

..orang yang kita suka adalah orang yang terima kita hanya seketika
..orang yang kita suka adalah orang yang hanya mahu mengambil kesempatan pada kita
..orang yang kita suka adalah orang yang susah untuk percayakan kita
..orang yang kita suka adalah orang yang sanggup korbankan kita untuk kebahagiaan sendiri
..orang yang kita suka adalah orang yang selau mengalahkan kita
..orang yangkita suka adalah orang yang ingat kita bila dia mahukan kita dan perlukan kita @ sesuatudari kita

jadi…fikirkan siapa ada pada kita……..

p/s: Artikel daripada Pengeranz Umar