MEMPERTAHANKAN MARUAH AKU DAN KAWAN – KAWAN AKU

8 09 2009

6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430Hijrah

Pagi ini aku bangun awal untuk bersiap menghadiri sebuah forum berkaitan remaja yang dikelolakan oleh Pelajar Ukhuwah Pusat Islam di tempat aku belajar bersempena menyambut bulan ramadhan dan bulan merdeka Negara kita yang ke 52 tahun. Aku bergerak menuju ke dewan serbaguna bersama kawan-kawan ku yang sentiasa menemani ku ke mana sahaja ku ingin pergi. kami semua setuju untuk berpakaian baju melayu dan seluar slack kerana pihak penganjur menetapkan kami perlu berpakaian formal. Aku dan kawannku mendaftarkan nama sebelum melangkah ke dalam dewan, aku terfikir sejenak para pelajar terpaksa hadir ke seminar ini kerana kehadiran di ambil, jika tidak hadir tindakan akan di ambil, itu yang menyebabkan ramai pelajar lelaki ramai daripada program – program sebelum ini. Aku dan kawanku mengambil tempat duduk masing – masing , dan aku bersebelahan dengan tempat untuk para peserta untuk bertanya (Microphone). Aku tersenyum sendiri , mungkin aku boleh bertanya soalan yang boleh mengugat panel yang memberi seminar dan membuka minda para peserta. acara tersebut sepatutnya bermula pada pukul 9.00 a.m, namun kerana masalah teknikal pada jam 10.00 a.m baru bermula seminar tersebut. Moderator yang mempengerusikan forum tersebut merupakan junior jabatan aku. pada pandangan pertama aku mengenai budak tersebut, aku melihat budak tersebut gementar dan tidak membuat kajian sebelum forum tersebut berjalan. panel pula terdiri daripada Pensyarah Jabatan Pengajian Am, ustaz yang mengajar modul agama dan tamadun islam di tempat aku. Ustaz A aku memang suka cara penyampaiannya namun kadang kala sikap dia yang tidak sensitive membuatkan aku tidak suka kepada dia, kerana setiap penyamapian kuliah atau ceramah di Pusat Islam pasti menyentuh golongan lelaki lembut dan menperlekeh-lekeh mereka dengan teruk. Ustaz B pula baru pindah ke sini, jadi aku tidak berapa kenal. Aku mengharapkan Ustaz A untuk tidak menyebutkan perkara tersebut. Untuk permulaan, moderator meminta pendapat Ustaz A mengenai masalah gejala sosial remaja, Ustaz A memberikan pandangannya. Pada permulaan aku mendengar dengar teliti dan bernas pendapatnya. Namun dia memberi masalah gejala sosial remaja dengan mengata lelaki lembut dengan nada yang hina dan jijik. aku dan kawanku TERSENTAP dan berpandangan antara satu sama lain, kemudian ramai pelajar di situ melihat kelompok kami dnegan tergelak. ustaz A memberi pandangan bahawa golongan lembut ini memberikan masalah yang besar di asrama dan harus di banteras dengan serta – merta. Aku rasakan masalah lain lebih besar seperti masalah dadah, ganja, mencuri, merogol, dan seumpamanya tidak di pertengahkan atau dijadikan contoh. Jika ustaz tersebut hendak menegur atau memberi nasihat perlulah dengan sopan dan berbudi bahasa supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Perasaan ku sungguh penuh dengan rasa marah, benci dan kecewa dengan penyataan seorang yang berilmu dan berpendidikan serta beragama boleh mengeluarkan penyataan ini. aku merasakan sudah sampai masanya aku mempertahankan maruah ku dan rakanku.
Aku mula merangka soalan dan pendapat ku mengenai masalah ini. Selepas ustaz A memberi pandangannya, moderator dengan nada bersahaja mengatakan kita perlu tegur dan memberi peringatan kepada golongan tersebut. Kali kedua panas di hatiku yang sememang membara di barakan untuk kali kedua. aku tidak sabar untuk memberikan soalan tersebut. Kemudian Ustaz B memberi pandangan mengenai bulan Ramadhan yang penuh barakah dan berkat tanpa menyentuh perkara seperti ustaz A sebut. Sementara menunggu ustaz B mengakhiri ucapannya, aku berbincang dengan kawanku mengenai soalan tersebut . setelah selesai Ustaz B memberi pandangannya, moderator menyerahkan forum kepada rakannya di bawah pentas, moderator ke-2 yang berinteraksi dengan penonton. Aku penuh debaran menunggu untuk bangun dan bertanya, namun hampa apabila soalan daripada penonton untuk panel di rancang oleh pihak majlis dan soalannya tidak membuatkan kita berfikir dengan kritis dan kreatif. soalannya berkaitan dengan boleh kita berkahwin di bulan ramadhan, jika kita tidak bersahur dan lain-lain. sungguh tidak pandai pihak penganjur menyediakan soalan. aku tetap dengan pendirian ku untuk bertanya, pusingan pertama soalan hanya 2 orang sahaja yang boleh bertanya, aku terlepas peluang untuk bertanya kerana moderator -2 tidak namapak aku mengangkat tangan untuk bertanya. aku tidak putus asa untuk bertanya, kerana bukan ini kata penamatnya. setelah pusingan 1 untuk soalan selesai, masuk pusingan ke-2 untuk sesi forum, dimana moderator bertanya kepada Ustaz A mengenai keberkatan bulan ramadhan kepada remaja. Ustaz A memberi pandangannya lagi dan kali ini juga dia menyentuh perkara tersebut. memberi pandangan seolah bahawa lelaki lembut adalah gay (homoseksual) dan membaca sebuah firman Allah bahawa jangalah menjadi seperti kaum nabi Luth ,kaum Tsamud dimana mereka di musnahkan oleh Allah, dan dibolehkan bunuh orang tersebut. Ustaz tersebut hanya membaca firman tersebut namun tidak menghuraikan bahawa lelaki di zaman tersebut terdapat lelaki sejati dengan lelaki sejati yang membuat perkara tersebut. Ustaz A bukannya memberi pandangan menurut perspektif Islam terdapat cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu membuat siasatan dahulu, kemudian memberi nasihat dan menyuruh untuk bertaubat, kemudian mengurung atau memberikan masa untuk dia bersendirian untuk menghadap Yang Maha Esa supaya mereka insaf, jika tidak berjalan juga dengan pelbagai cara dan mereka tetap membuat perkara tersebut barulah dibunuh dengan cara betul. Kemudian Ustaz B memberi pandangan mengenai ibadah di akhir bulan ramadhan. Masuk sesi untuk bertanya, seperti pusingan pertama telah disediakan soalan untuk ditanya oleh penonton. Setelah penonton pertama habis bertanya, aku dengan berani bangun dan meminta kepada moderator ke2 memberi laluan kepada ku untuk bertanya.
Aku mengambil microphone di sebelah ku dan memulakan dengan memberi salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad. Ku mulakan bertanya dengan meminta Ustaz memberi pandangan untuk menyelesaikan masalah ini. kemudian aku memberi pandangan mengenai masalah ini dengan meminta para hadirin di situ untuk meletakkan diri mereka ditempat golongan ini, merasai apa perasaan mereka atau lebih tepat empaty (Cuba pakai kasut orang lain dan rasai pengalamannya). Golongan lembut ini sentiasa dikeji, di ejek, di hina, namun bukan mereka yang mahu perkara iini terjadi kepada mereka. tanggungjawab kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah bukannya memburukkan masalah lagi. semua hadirin tersentak dan bertepuk tangan terhadap soalan ku. Aku dapat melihat wajah Ustaz A tersebut berubah dengan serta merta, mungkin kerana malu atau tersentak dengan keberanian golongan ini untuk bertanya dan mempertahankan maruah mereka. semua mata tertumpu padaku samada yang tertidur daripad mula forum berlangsung terus terbangun, yang mendengar radio dan berborak berhenti seketika, terus mendengarku bersuara dengan penuh minat. Aku meneruskan lagi bahawa terdapat contoh lelaki yang lembut ini BERJAYA seperti Aznil Hj Nawawi dan Chef Wan. Hidup mereka berjaya samada dari segi keluarga (beranak), kekayaan dan disukai oleh orang ramai. aku juga memberitahu kepada semua hadirin bahawa terdapat kejadian 2 orang pelajar politeknik yang dibuang kerana masalah homoseksual dan pelajar terlibat adalah lelaki sejati!!!… Aku kemudiannya mengakhiri dengan memohon pandangan yang boleh mengatasi masalah yeng terjadi. dengan soalan yang agak panas, moderator menyerahkan forum kepada panel untuk menjawab. Ustaz B memberitahu bahawa dia akan menjawab semua soalan tetapi tidak menjawab soalan ku kerana untuk memberi ruang kepada Ustaz A menjawabnya. aku penuh debaran menunggu untuk mendengar jawapan tersebut. Ustaz A memberi tahu contoh – contoh lelaki lembut seperti berpakaian wanita(sah-sah kami tidak berpakaian wanita), bersuara lembut (kalau suara itu lembut hendak buat macam mana, nak jadi hipokrit setiap masa dengan menggaraukan suara tersut, agak bodoh di situ Ustaz tersebut) yang ada disebut di dalam Islam yang perlu dibanteras dan tidak menjawab keseluruhan soalanku. aku tidak berpuas hati kerana ustaz tidak memberitahu para hadirin bahawa bukan golongan lembut sahaja terjebak dengan perkara ini, di mana lelaki sejati atau ‘Straight’ juga terlibat. Ustaz Ajuga tidak memberi cara penyelesaian yang sebetulnya mengikut apa yang telah aku katakan pada perenggan di atas untuk menyelesaikan masalah ini mengikut perspektif islam dan yang penting jangan hendak memerli, mengejek dan seumpamanya kerana mereka tidak menggangu sesiapapun. Aku dan rakan ku sungguh tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. namun aku melihat ini adalah amaran dan peringatan kepada mereka yang suka memandang rendah kepada golongan ini di di sini. di akhir forum aku dan rakan ku bersalam dengan panel dan kami tersenyum dengan puas kerana dapat bersuara dan mempertahankan maruah kami. Bersatunya Nok, Lahirnya Ummah Gemilang.

Tolong bagi pandangan yang ikhlas terhadap artikel ini…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.